fb fb fb fb fb

Polis Melaka, JAIM pantau kegiatan Mawla Amin

Foto Fail

AYER KEROH, 23 Februari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang memantau kegiatan seorang lelaki dipercayai warga Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin yang dikatakan berpindah dari Selangor ke Melaka.

Tegas Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, sehingga kini pihaknya masih menyiasat lokasi dan individu terlibat.

"Untuk makluman, kita di Melaka tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung dengan aktiviti kumpulan ini.

"Bagaimanapun atas maklumat, kita terima ini, kita akan menjalankan siasatan rapi terhadap kumpulan tersebut.

"Apa-apa tindakan selepas ini bergantung kepada maklumat yang diterima ," katanya kepada pemberita di sini.

Zainol berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu penempatan dinamakan 'Kerajaan 9' di Melaka kononnya sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM