fb fb fb fb fb

Polis lupus lebih 40,000 barang kes dengan nilai keseluruhan lebih RM2.8 juta

Datuk Allaudeen Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melupuskan 42,408 unit barang kes dan wang tunai berjumlah lebih RM24,000 membabitkan 429 kertas siasatan yang telah selesai antara 2010 hingga tahun lalu.

Keseluruhan pelupusan itu dianggarkan bernilai lebih RM2.8 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid menjelaskan kesemua barang rampasan melibatkan kes perjudian, bitcoin, barangan kontraban tanpa cukai, kes seksual.

Barang kes terbabit adalah rampasan membabitkan lima daerah.

"Jumlah unit barangan kes 42,408 unit perlbagai barang elektronik telefon bimbit, kontraban dadah dan sebagainya. Wang tunai berjumlah RM24,106.45 dengan anggaran nilai rampasan bernilai RM2,898,758.

"Barang kes ini melibatkan lima balai polis di Kuala Lumpur iaitu Dang Wangi, Cheras, Wangsa Maju, Brickfields dan Sentul," katanya dalam sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Siri 1/2024 di Balai Polis Alam Damai di ibu negara.

Bagaimanapun proses itu dilaksana selepas mendapat perintah pemusnahan atau pelupusan barang kes yang tertakluk bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

Kesemua barangan dilupuskan menggunakan kaedah e-waste bagi menyahut inisiatif pelaksanaan amalan hijau.

Dalam perkembangan lain polis sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan ugutan bunuh ke atas peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Allaudeen berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan.

"Kita ada buka tiga kertas siasatan satu telah selesai dan kita telah edarkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Kedua masih dalam proses siasatan, kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan sebagainya.

"Kita akan lengkapkan siasatan dan akan berikan kepada TPR untuk tindakan selanjutnya," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI