fb fb fb fb fb

Polis kesan Puteri Balqis, hilang hampir setahun

Puteri Balqis Abdullah

ALOR SETAR, 9 Mei- Polis sedang mengesan seorang pembantu kedai wanita yang dilaporkan hilang hampir setahun yang lalu.
 
Puteri Balqis Abdullah, 42 tahun, dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Buluh Penyumpit, Langkawi pada 31 Mei lalu.
 
Polis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, Puteri Balqis yang berbangsa India mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dan berat anggaran 65 kilogram.
 
Puteri Balqis memakai cermin mata, berambut paras bahu dan berkulit hitam manis.
 
Sehingga kini tiada khabar berita mengenainya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Puteri Balqis diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Azizan Wahab di talian 019-8943482 bagi membantu siasatan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM