fb fb fb fb fb

Polis galakkan orang ramai berkongsi video kesalahan lalu lintas ke Facebook PDRM

JOHOR BAHRU, 28 April - Pengguna jalan raya digalakkan berkongsi video kesalahan lalu lintas ke laman sosial Facebook PDRM Johor, bagi membolehkan polis mengambil tindakan berdasarkan video yang dikongsi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, video yang dikongsi harus disertakan lokasi dan nombor kenderaan bagi memudahkan pihaknya melakukan siasatan serta tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Pemberi maklumat juga tidak perlu hadir ke balai polis untuk menyampaikan maklumat tanpa bimbang identiti mereka terbongkar, kerana boleh berbuat demikian menerusi platform laman sosial sedia ada," katanya kepada pemberita semasa perasmian Op Selamat Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Skudai, di sini.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut menjalankan Ops Lancar dalam menambah nilai Ops Selamat untuk memastikan kelancaran pergerakan semua pengguna jalan raya di 30 lokasi tumpuan di Johor.

Tumpuan operasi melibatkan 45 kawasan dengan 67 pegawai dan 365 anggota JSPT Johor.

Media Baharu