fb fb fb fb fb

Polis buka 75 kertas siasatan berkaitan berita palsu dan 3R

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 8 November- Sebanyak 75 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penyebaran berita palsu dan isu 3R setakat 1 November lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mendedahkan 45 kes telah selesai, manakala 30 kes masih di peringkat siasatan.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM dengan penglibatan agensi penguatkuasaan seperti PDRM telah menjalankan beberapa sesi libat urus dengan pihak penyedia platform media sosial utama bagi membuka laluan kerjasama dalam membantu menangani pelbagai permasalahan penyalahgunaan platform media sosial termasuklah isu penyebaran kandungan atau berita palsu.

"Sesi libat urus ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memperkukuhkan dan menambah baik kerjasama yang telah terjalin dalam usaha mengekang penyebaran kandungan yang melanggar undang-undang negara,"katanya.

Teo turut memaklumkan  bermula 1 Januari sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 3,752 kandungan berkaitan penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian yang bersifat 3R telah diturunkan dari platform media sosial.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan ahli parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan di Parlimen.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE