fb fb fb fb fb

Polis ambil keterangan pengarah, pelakon filem Mentega Terbang

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Polis telah merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang.

Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju tiba di Bukit Aman pada pukul 10.00 pagi, semalam.

Khairi Anwar dilaporkan hadir bersama peguamnya, Zaid Malek dan direkod keterangan lebih dua jam, manakala Arjun hadir bersama peguamnya, Mahajoth Singh.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Filem Mentega Terbang tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan
mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam

Berita berkaitan:
Mentega Terbang: Perjumpaan bersama pihak penstriman video dalam talian akan dilakukan
Mentega Terbang perlekeh agama, promosi budaya “tak apa” polis buka kertas siasatan
Isu 'Mentega Terbang', FINAS, MCMC akan ambil tindakan- Fahmi

“Rakaman percakapan ke atas penerbit filem itu pula akan dirakam pada 14 Mac depan,” menurutnya dalam kenyataan.

Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, telah dibantah oleh umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Media Baharu