Pokok tumbang hempap dua kereta

Kejadian pokok tumbang di Jalan Mount Erskine

GEORGE TOWN, 15 Februari –Tiga individu berhadapan detik cemas apabila sebatang pokok tumbang menghempap kenderaan mereka di Jalan Mount Erskine, di sini tengah malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pokok tumbang di Jalan Mount Erskine menimpa dua kereta, Perodua Viva dan Bezza.
  • Dua penumpang Viva dan pemandu Bezza keluar selamat sebelum ketibaan bomba.
  • Tiada kecederaan dilaporkan walaupun kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
  • Operasi pemotongan oleh bomba bermula selepas panggilan kecemasan dan tamat pada 3.29 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.35 tengah malam dengan kejadian melibatkan sebuah Perodua Viva dan Bezza.

“Dua individu yang menaiki Viva dan pemandu Bezza berjaya keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba. Tiada kecederaan dilaporkan namun dua kereta itu rosak teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba menjalankan kerja pemotongan dan operasi tamat pada 3.29 pagi. – BERNAMA