fb fb fb fb fb

PN Perlis terbuka kerjasama dengan parti politik lain asalkan perjuangan sebenar tidak terpesong

Pengerusi Perikatan Nasional Perlis, Mohd Shukri Ramli

KANGAR, 20 April- Perikatan Nasional Perlis terbuka dan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik selagi mana tidak terpesong dengan perjuangan sebenar parti berkenaan.

Pengerusi Perikatan Nasional Perlis, yang juga Menteri Besar  Mohd Shukri Ramli berkata, di peringkat Perlis, pihaknya terbuka untuk duduk bersama dengan parti politik lain demi kesejahteraan rakyat.

"Penyatuan ummah ni bukan dengan UMNO sahaja, tapi dengan semua parti yang boleh kita gabung kita setuju untuk memastikan kesejahteraan untuk rakyat.

"PAS atau Perikatan Nasional memang terbuka, kalau ada mana-mana parti yang ikhlas hendak bersama, kita terima apa pun untuk negeri Perlis ,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui media di Majlis Aidilfitri Kerajaan Negeri Perlis di Kangar.

Majlis berkenaan di hadiri 40,000 tetamu yang bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Berkenan hadir, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Baginda diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE