fb fb fb fb fb

PM zahir penghargaan kepada petugas kebudayaan jayakan program rasmi negara

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada petugas kebudayaan atas curah bakti yang diberikan dalam menjayakan pelbagai program rasmi negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di facebook berkata dalam kesibukan mengurus hal ehwal kenegaraan, komitmen dan kegigihan ditonjolkan penjawat awam serta staf dukungan termasuk penari kebudayaan, pemuzik dan penyanyi sering kali terlepas pandang.

"Semasa menunggu ketibaan Presiden Turkmenistan TYT Serdar Berdimuhamedov ke Kompleks Seri Perdana untuk sesi makan tengah hari, saya meluangkan masa berbual dengan penari-penari kebudayaan yang dilatih dan dibawa khas dari Istana Budaya.

"Menurut mereka, untuk setiap sesi lawatan rasmi kenegaraan, tempoh seminggu akan diperuntukkan untuk berlatih mengikut tema kebudayaan yang ditetapkan.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih atas jasa yang diberikan dan berharap mereka akan terus berkarya serta mengangkat martabat seni dan budaya negara.

ROSLINA BINTI DIN