
PUTRAJAYA, 28 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan konflik di Asia Barat semakin membimbangkan susulan ketegangan baharu melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran ketika krisis di Gaza masih belum berakhir.
- Perdana Menteri bimbang konflik Asia Barat makin membimbangkan dengan ketegangan baru antara Israel, AS dan Iran.
- Situasi menguji keamanan sejagat dan menambah tekanan kepada kestabilan serantau.
- Krisis Gaza belum selesai; kebuluran berterusan walaupun ada sedikit perkembangan positif.
Menurut beliau, situasi itu menguji keamanan sejagat serta memberi tekanan baharu kepada kestabilan serantau.
“Apa yang berlaku hari ini sangat mengganggu ketenangan saya. Masalah Gaza belum selesai dan walaupun ada sedikit perkembangan positif, kebuluran masih berlaku.
“Pada masa sama, keputusan Israel bersama sekutunya Amerika menyerang Iran menambah ketegangan, manakala Iran mempertahankan kedaulatan negaranya sehingga terpaksa bertindak balas terhadap pihak yang memberi laluan kepada pesawat Israel.”
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.