fb fb fb fb fb

PM yakin Malaysia akan jadi negara terkemuka di rantau Asia

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

JOHOR BAHRU, 4 September- Anjuran program pembangunan pertanian, serta program industri dan transformasi digital mampu menjadikan Malaysia sebagai negara terkemuka di rantau Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin impak daripada program tersebut boleh dilihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Beliau juga menyeru semua pihak agar memberhentikan aktiviti 'sakau' (mengaut keuntungan tepi) bagi memastikan negara pada landasan tepat.

Selain itu, Anwar turut memberitahu,  jaminan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan isu perkauman sempit dan ekstremisme dapat dibendung, serta menjana ekonomi berimpak tinggi kepada negara.

"Orang terkaya di dunia (iaitu) ELon Musk (pemilik) dengan SpaceX, Starlink, Tesla (telah) pilih Malaysia sebagai ibu pejabat bagi rantau Asia.

"(Selain itu), Infineon, syarikat besar dari German datang (ke Malaysia) beberapa bulan yang lalu, nak memutuskan hendak melabur di mana, (sama ada) Malaysia atau Texas, Amerika Syarikat (atau) Kerajaan Jerman, yang pujuk (Infineon) kembangkan syarikat di Jerman.

"Dia tanya kerajaan ini (Malaysia) stabil atau tidak, dan kita jelaskan (bahawa) kerajaan ini adalah stabil (dan) Insya-Allah akan kekal sehingga empat tahun akan datang," katanya semasa program Jelajah Perpaduan Madani Pulai, di sini.

Anwar turut memberi jaminan kepada pelabur bahawa tiada fahaman Taliban berada di dalam negara pada ketika ini.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu