KOTA KINABALU, 15 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin isu bekalan air Sabah yang berlarutan sejak puluhan tahun mampu diselesaikan sepenuhnya tahun depan.
Ia berikutan pelaksanaan projek menaik taraf prasarana giat dijalankan di seluruh negeri itu.
"Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan RM360,000 khusus untuk projek air, serta RM1.2 bilion untuk keperluan elektrik di Sabah.
"Langkah itu selaras usaha memastikan rakyat Sabah menikmati kemudahan asas setara dengan negeri lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada program Temu Anwar 'Harapan Urang Muda Sabah' di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), Penampang.
Dalam pada itu Datuk Seri Anwar turut menyeru golongan muda untuk menggunakan hak mereka dengan penuh tanggungjawab, termasuk memilih pemimpin berasaskan integriti dan keupayaan.
Ini kerana masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan generasi muda menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat.