fb fb fb fb fb

PM umum peruntukan RM5.5 juta, naik taraf Pasar Siti Khadijah

erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga pasar Siti Khadijah pada majlis ramah mesra bersama peniaga, di sini, hari ini/ BERNAMA

KOTA BHARU, 1 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta untuk menaik taraf Pasar Siti Khadijah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ujarnya, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sudah meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membaiki struktur konkrit merekah dan bumbung di pasar itu.

"Tahun lalu kita lulus RM500,000 untuk baiki bumbung sikit-sikit ini. Tapi, Hafizah membantah, dia kata tidak cukup. Jadi tahun lepas kita tambah RM1 juta dan tak cukup kerana masalah pendawaian sahaja mececah lebih RM2 juta.

"Pendawaian, baiki segera kerana berbahaya. Kemudian, ada yang kata oleh kerana ia jadi tarikan pelancong, maka elok kita cat bagi cantik sikit. Kebersihan mesti jaga dengan baik, kebersihan nombor satu, kemudian baiki tandas, ketiga bumbung, keempat pendawaian", katanya.

Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah di Kota Bahru, Kelantan.

Beliau yakin, peruntukan itu mampu memenuhi keperluan 1,500 peniaga di pasar berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN