fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada pelajar SPM 2023

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan, hari ini.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebooknya mengulas bahawa usaha perlu diteruskan bagi mendepani fasa seterusnya dalam kehidupan.

"Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, teruskan usaha kalian dalam mendepani fasa berikutnya dalam kehidupan."

"Kepada yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhiran, sebaliknya masih banyak ruang dan peluang untuk cipta kejayaan baharu," kata kenyataan itu.

Keputusan SPM 2023 merekodkan 226,358 daripada 373,255 calon baharu, lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM