fb fb fb fb fb

PM ucap Selamat Tahun Baharu Tamil dan Perayaan Ponggal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada masyarakat India, khususnya komuniti Tamil / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada masyarakat India, khususnya komuniti Tamil.

Beliau berharap perayaan Ponggal kali ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna bersama keluarga dan orang tersayang.

Menerusi muat naik di Facebook, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan akan terus berusaha memastikan tiada kumpulan masyarakat, terutamanya kaum India, dipinggirkan.

“Kemiskinan dalam kalangan kaum India akan terus menjadi keutamaan kerajaan. Kebersamaan dan perpaduan mesti diperkukuh sebagai asas perubahan dan keamanan untuk negara,” katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN