PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang meraikannya, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ucap selamat Thaipusam menekankan makna pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual.
  • Menghargai nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan dalam ibadat.
  • Harapan agar sambutan dijalankan tertib serta menyuburkan keharmonian dan saling menghormati kaum.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata Thaipusam penuh dengan makna pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual.

Menurut Datuk Seri Anwar, nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan sepanjang perayaan itu wajar dihormati dan dihargai bersama.

“Semoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil sentiasa menjunjung adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat.

“Ketertiban dan keharmonian yang kita saksikan setiap kali upacara keagamaan dan sambutan budaya di negara ini seharusnya menjadi cerminan bahawa hidup bersama dalam perbezaan bukan sesuatu yang asing, tetapi realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia.

“Semoga Thaipusam membawa ketenangan jiwa buat seluruh penganut Hindu, serta terus menyuburkan rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita,” katanya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan