fb fb fb fb fb

Hari Wilayah Persekutuan: 'Semailah benih budaya perpaduan' - PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang disambut hari ini.

Sempena ulang tahun ke-50 sambutan itu, Anwar menyeru agar benih budaya perpaduan dan sikap kasih sayang serta rahmah antara satu sama lain dapat disemai dalam kalangan rakyat.

Selain itu, beliau juga mahu sebarang mesej yang berbaur kebencian dibuang dalam negara ini.

"Ini juga selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita harus santuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.

"Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera," kata Anwar dalam Facebooknya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA