
KUALA LUMPUR, 1 Februari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru.
- Perdana Menteri menyantuni penumpang dan mendengar maklum balas berkaitan perkhidmatan ETS3.
- Respons penumpang amat positif mengenai keselesaan dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
- Kerajaan MADANI menegaskan keutamaan memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat dan cekap.
- Komitmen untuk terus mempertingkatkan mutu pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata lawatan itu bertujuan menyantuni para penumpang selain mendengar secara langsung pandangan serta maklum balas mereka berhubung perkhidmatan yang disediakan.
Menurut beliau, respons yang diterima amat memberangsangkan, khususnya berkaitan tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun.
“Alhamdulillah, maklum balas yang diterima amat positif,” katanya.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.
“Kerajaan MADANI komited untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat, Insya-Allah,” ujarnya.