
ANKARA, 7 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari.
- Disambut oleh Menteri Luar Malaysia, Duta Besar Malaysia ke Turkiye dan wakil Turkiye semasa ketibaan.
- Diiringi isteri dan delegasi termasuk Menteri Pendidikan Tinggi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
- Ketibaan pesawat khas dicatatkan pada waktu malam mengikut waktu tempatan.
- Segera menghadiri Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama komuniti diaspora Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga pada pukul 7.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Beliau turut diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, manakala pihak Turkiye diwakili Menteri Pertahanan, Yasar Guler.
Sebaik tiba, Datuk Seri Anwar dijadual menghadiri Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama diaspora Malaysia.