fb fb fb fb fb

PM tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari

(Foto Afiq Hambali/ Pejabat Jabatan Perdana Menteri)

BANGKOK, 9 FEBRUARI- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Bangkok untuk lawatan rasmi dua hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan, Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai.

Lawatan julung kali Anwar ke Bangkok adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan o-cha.

Mengiringi Anwar ialah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, serta para pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi yang berkaitan.


(Foto Afiq Hambali/ Pejabat Jabatan Perdana Menteri)

Media Baharu