fb fb fb fb fb

PM tiba di Sabah untuk Majlis Berbuka Puasa MADANI

FOTO RTM

KOTA KINABALU, 22 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 3.00 petang tadi bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah 2025.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud serta beberapa menteri kabinet negeri dan pegawai kerajaan.

Sejurus tiba, Perdana Menteri bertolak ke Tuaran bagi melawat Majlis Daerah Tuaran sebelum menghadiri majlis berbuka puasa yang berlangsung di Padang Istiadat Daerah Tuaran.

Pada majlis itu, beliau akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, rumah kebajikan serta masjid dan surau terpilih.

Perdana Menteri turut dijadualkan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

SITI AISHAH MD ISA