KUCHING, 18 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Kuching bagi lawatan singkat ke negeri ini.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 10:30 pagi disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Datuk Seri Anwar akan merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau, ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian serta beberapa barisan kabinet negeri.
Perdana Menteri dijangka berangkat pulang ke ibu negara selepas tengah hari kelak.
(FOTO BERNAMA)