fb fb fb fb fb

PM tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan singkat ke Sabah

KOTA KINABALU, 23 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan singkat ke Sabah.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan pesawat khas kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Yakub Khan.

(Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.40 pagi)

Dalam lawatan singkat itu, Ismail Sabri dijadual merasmikan Program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 dan Gimik Pelancaran Projek Naik Taraf Jalan Bukit Manggis serta Projek Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan di Kimanis Commercial Centre, Papar.

Beliau kemudian akan berlepas ke Labuan bagi menghadiri Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia, petang nanti.

Media Baharu