fb fb fb fb fb

PM tiba di KK, luang masa hadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri

Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan sesuatu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika menghadiri majlis makan malam kerajaan negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour Kota Kinabalu / FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 11 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan menteri-menteri kabinet negeri lain.

Esok, Datuk Seri Anwar dijadual ke FELDA Sahabat Lahad Datu bagi menghadiri Program " Segalanya FELDA" bermula 9.30 pagi.

Selesai majlis di Pantai Timur Sabah, beliau akan menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP -MA63) .

Program di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu itu dijadual turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, Datuk Hajiji dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ia adalah lawatan keempat Datuk Seri Anwar ke Sabah sejak April lalu dengan yang terakhir ketika menghadiri Himpunan Perdana Rakyat PKR Sabah di SICC, pada 4 Ogos lalu.

Isnin depan, Perdana Menteri sekali lagi dijadual ke Sabah bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE