fb fb fb fb fb

PM tiba di Kapit untuk lawatan sehari

FOTO RTM

KAPIT, 29 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kapit selamat tiba ke Kapit  untuk lawatan kerja seharinya ke Kapit hari ini. 

Beliau selamat mendarat di Rumah Rehat Sri Balleh Kapit pada pukul 10.00 pagi tadi disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta beberapa kenamaan lain. 

Di Kapit, beliau dijadualkan hadir ke empat majlis iaitu Program Ramah Mesra bersama Pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit sebelum ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit baharu. 

Selepas itu, beliau akan hadir ke Majlis Lawatan Tapak Projek Membina Jalan dan Jambatan Baharu yang menghubungkan Jalan Nanga Belawai ke Jalan Song-Kapit sebelum menamatkan lawatan seharinya dengan mengahadiri Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Rumah Panjang Kapit dan Song yang akan diadakan di Rumah Robert, Nanga Sebatu Kapit.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE