fb fb fb fb fb

PM tiba di Jepun untuk lawatan kerja lima hari

FOTO PMO

TOKYO, 16 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, sini, pada pukul 11.40 malam tadi waktu tempatan.

Kehadiran beliau ke sini atas jemputan Presiden Jepun, Fumio Kishida sempena ulang tahun kerjasama dan persahabatan ASEAN-Jepun yang ke-50.

Beliau disambut oleh Naib Menteri, Hubungan Luar Jepun, Yasushi Hosaka.

Turut menyertai delegasi untuk lawatan kerja lima hari itu adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, selain Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sejurus tiba di tempat penginapan, Anwar dan isteri disambut pengurusan tertinggi serta wakil kementerian dan agensi berkaitan antaranya dari Wisma Putra dan MITI.

Hari ini, beliau dan rakan sejawatnya Presiden Kishida dijadual mengumumkan pembaharuan hubungan bilateral Malaysia-Jepun kepada perkongsian komprehensif strategik.

ARTIKEL BERKAITAN
PM berhasrat perkukuh hubungan lebih erat dengan Jepun

SITI AISHAH BINTI MD ISA