fb fb fb fb fb

PM tiba di Beijing, bakal bertemu Xi Jinping esok

Foto RTM

BEIJING, 6 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing, perhentian terakhir beliau selepas Shanghai untuk meneruskan rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November ini.

Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China,  Xi Jinping di Great Hall of the People, esok.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Beijing, Norfarina Mohd Azmee dan Atase Pertahanan, Laksamana Pertama Mahadzir Mokhtar.

Turut hadir, Pembantu Menteri Luar China, Liu Bin dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Terdahulu, beliau menghadiri perjumpaan bersama 31 syarikat berpotensi untuk mempertingkat pelaburan negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM