fb fb fb fb fb

Thailand dan Kemboja ucap terima kasih atas keprihatinan Malaysia

Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 Julai -Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menzahirkan ucapan terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganjurkan Mesyuarat khas melibatkan Thailand dan Kemboja berhubung isu gencatan senjata.

Kemboja berharap gencatan senjata itu memberi manfaat kepada kedua pihak.

Hun Manet memuji usaha dan inisiatif peribadi Datuk Seri Anwar yang menjadi orang tengah gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand pada 24 Julai 2025.

"Kami berharap penyelesaian yang baru sahaja diumumkan oleh Anwar akan menjadi asas untuk meneruskan perbincangan dua hala ke arah memulihkan hubungan ke tahap normal dan menjadi landasan kepada usaha mengurangkan ketegangan ketenteraan pada masa depan.

"Saya amat yakin bahawa keputusan yang dicapai hari ini akan membuka banyak peluang kepada ratusan ribu rakyat di kedua-dua negara untuk kembali kepada kehidupan normal, menghentikan pertempuran antara negara dan memulakan proses membina semula kepercayaan, keyakinan dan kerjasama antara Kemboja dan Thailand." katanya.

Sementara itu, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tergempar yang dilaksana tepat pada masanya.

"Saya ingin merakamkan setulus penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Thailand dan Presiden Trump atas niat baik dan keperihatinan sehingga berjaya mencapai kesepakatan bersama Tahiland. Usaha murni ini melindungi kedaulatan dan nyawa rakyat kami. Kami sendiri bersetuju bahawa gencatan senjata ini memberi manfaat yang baik buat kedua-dua pihak." katanya.

TETITIA YUSOFF