fb fb fb fb fb

PM terima undangan minum petang bersama Maharaja Naruhito

Foto JPM

TOKYO, 18 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Jepun, hari ini.

AZEC yang diterajui Jepun merupakan platform kerjasama serantau mengangkat agenda neutraliti karbon dan peralihan tenaga ke arah sasaran pelepasan sifar.

Perdana Menteri kemudiaannya menyertai jamuan makan tengah hari anjuran bersama Kesatuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perniagaan dan Industri Jepun (JCCI).

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis minum petang di Istana Maharaja di Chiyoda atas undangan Maharaja Naruhito, ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Perjumpaan bersama diaspora Malaysia juga bakal berlangsung pada sebelah petang yang akan dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM