LIMA, 14 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi kerajaan Peru, anugerah pingat "El Sol del Peru".
Ia sebagai pengiktirafan atas peranannya sebagai ketua kerajaan semasa lawatan rasmi pertamanya ke negara Amerika Latin itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri.
Pengurniaan penghormatan itu diberikan oleh Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra, dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kerajaan Peru.
Anugerah itu yang bermaksud Matahari Peru darjah Grand Cross, dianugerahkan kepada raja, ketua negara, ketua kerajaan, menteri luar negeri, menteri negara, duta asing bertauliah atau presiden pihak berkuasa awam.
Insignia Grand Cross adalah gabungan lencana The Grand Office, selempang ungu yang dipakai di bahu kanan, dengan pingat Komander yang digantung pada selempang itu.
Lawatan Anwar ke Peru, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 November.