fb fb fb fb fb

PM terima permohonan maaf daripada Meta

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf daripada Meta susulan penurunan hantaran ucapan takziah di Facebook dan Instagram berhubung pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri telah menghubungi Perdana Menteri mengenai perkara berkenaan.

"Saya ambil maklum, saya hubungi Perdana Menteri dan beliau ambil maklum permohonan maaf Meta. Perdana Menteri beritahu beliau di Timur Tengah baca berita itu, bermaksud sampai ke seantero dunia Perdana Menteri terima permohonan maaf itu, kita harap kejadian ini tidak berulang lagi," kata Fahmi.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan Ogos, di sini.

Dalam pertemuan yang dihadiri Fahmi dan Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Meta semalam turut meminta platform berkenaan sentiasa mengambil maklum mengenai garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Pada masa sama, memastikan Anwar diberikan taraf layanan sama seperti ketua kerajaan lain di seluruh dunia.

Dalam pada itu Fahmi memberitahu garis panduan tata laku versi pertama perlesenan platform media sosial akan dikeluarkan bermula 1 Januari, tahun depan.

Ia hasil daripada proses libat urus yang dibuat bersama-sama platform berkenaan sebelum rangka garis panduan itu mula dilaksana.

"Kita sudah maklumkan bahawa akan ada satu proses libat urus dengan semua pemegang taruh supaya dapatan ini dapat diambil kira dan kita adapat rangka garis panduan tatalaku yang mana sangat jelas bagi pihak platform sekiranya mereka berkelakuan sedemian dan berlaku pelanggaran kali pertama, kali kedua dan kali ketiga, kita belum putuskan lagi," katanya.

Tambah Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membangunkan rangka kerja itu dengan kerjasama semua platfrom media sosial, pesanan internet, badan bukan kerajaan (NG), akademik serta agensi berkaitan.

Fokusnya tertumpu kepada langkah membendung jenayah besar termasuk penipuan dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terutama kanak-kanak.

TETITIA YUSOFF