fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan 'Sivaji: The Boss'

(Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 11 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

Katanya, antara yang dibincang secara santai itu adalah mengenai elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.

Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau ialah 'Sivaji: The Boss'.

(PM terima kunjungan 'Sivaji: The Boss'/FB  Anwar Ibrahim)

Media Baharu