
KUALA LUMPUR, 19 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin E.S. Abd Samad di bangunan Parlimen di sini hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Perbincangan fokus pada peranan Majlis Senator menguatkan tadbir urus negara.
- Penekanan kepada sumbangan Majlis Senator dalam memelihara kualiti undang-undang.
- Peranan strategik Majlis diperlukan untuk pelaksanaan Dasar Kerajaan MADANI secara kukuh.
- Pertukaran pandangan antara kedua pemimpin mengenai kepentingan aspek perundangan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata pertemuan itu antara lain membincangkan peranan Majlis Senator dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan negara.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai peranan strategik Majlis Senator dalam memastikan kualiti undang-undang negara terpelihara agar dasar Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan kukuh daripada sudut perundangan,” katanya.