fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D. Kagan.

Anwar berkongsi pertemuan tersebut menerusi perkongsian di Facebook beliau sebentar tadi.

"Melalui pertemuan ini kami membincangkan kerjasama dua hala Malaysia-AS yang lebih kukuh terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta hubungan antara rakyat.

"Kami juga saling bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan global yang berkepentingan bersama selain tekad meningkatkan kerjasama komprehensif ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

SITI AISHAH MD ISA