
KUALA LUMPUR, 19 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Luar Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dengan bekas TPM Qatar.
- Kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama strategik dan pelaburan bersama.
- Pertemuan menunjukkan komitmen berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Qatar.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata beliau bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dan potensi kerjasama strategik serta kerjasama pelaburan yang dapat diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara.
“Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Qatar,” katanya.