PM tegas kerajaan tidak campur tangan pasaran saham

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Januari – Kerajaan menegaskan tidak akan campur tangan dalam urusan pasaran saham bagi memastikan integriti serta kebebasan sistem ekonomi negara terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan tidak akan campur tangan dalam pasaran saham untuk mengekalkan kebebasan dan integriti sistem ekonomi.
  • Pasaran saham perlu dinilai secara keseluruhan, bukan berdasarkan prestasi kaunter tertentu.
  • Kerajaan terus melaksanakan langkah intervensi ekonomi lain untuk kawal kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasaran saham perlu dilihat secara keseluruhan dan bukan berdasarkan prestasi kaunter tertentu, selain menasihatkan pelabur agar membuat pilihan secara bijak.

“Ia bukan teori ekonomi, ia teori ekonomi lapuk sebenarnya. Ini kerana Yang Berhormat bertanya itu pasaran saham. Mana mungkin kerajaan dan juga sistem ekonomi sekarang campur tangan dalam urusan pasaran saham.

“Pasaran saham itu kukuh kerana dianggap bebas dan berintegriti. Sebaik sahaja kerajaan mulai campur tangan, maknanya sistem itu dikompromi, itu yang pertama dari segi prinsip.

“Walau bagaimanapun, dari sudut makro bagaimana kita boleh menjana pertumbuhan kegiatan itu boleh diteruskan dengan keterbatasan yang sedia ada. Tapi secara umumnya pasaran saham itu dilihat dari keseluruhan, tidak pada setiap kaunter”, katanya.

Jelasnya, kenaikan harga barangan ketika ini berada pada tahap terkawal berbanding negara lain, dengan kerajaan terus melaksanakan pelbagai langkah intervensi termasuk suntikan dana tambahan serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Tunai Rahmah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan