fb fb fb fb fb

PM sumbang RM5,000 setiap keluarga mangsa kebakaran di Tambun

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa kebakaran di Tambun/Foto PM Anwar

IPOH, 29 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyumbang RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di Kampung Manjoi, Tambun di sini, petang Ahad.

Sumbangan segera itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mendoakan agar urusan mangsa kebakaran dipermudah dan mereka diberi ketabahan dalam mendepani ujian itu.

"Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas

"Sumbangan segera sebanyak RM5,000 telah disalurkan saudara Kamil bagi pihak saya kepada setiap keluarga yang terlibat," katanya melalui hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 4.49 petang.

Sepasukan anggota dari BBP Meru dibantu PBS Pasir Putih, PBS Chemor, PBS Menglembu dan PBS Pekan Baru digerakkan ke lokasi kejadian. 

Dalam kejadian itu lapan buah rumah musnah dengan enam daripadanya lagi tidak penghuni.

Kebakaran dianggarkan 90 peratus kemusnahan bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

GRACE AISYAH KEDAYAN