fb fb fb fb fb

PM sumbang RM290,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail Bernama

NIBONG TEBAL, 11 Jun - Sebanyak RM290,000 disumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sembilan masjid dan 20 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Sumbangan bersempena dengan perayaan Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam pada 17 Jun ini disampaikan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara, di sini.

Shamsul Iskandar berkata ia merupakan manifestasi kerajaan dalam menyokong aktiviti keagamaan dan memperkukuh silaturahim antara masyarakat.

"Ini juga bukti komitmen kerajaan dalam mendukung masjid sebagai pusat ibadah dan kegiatan umat Islam," katanya menerusi kenyataan.

Beliau bagi pihak Perdana Menteri juga berharap sumbangan dapat melancarkan aktiviti ibadah korban dan mampu memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat.

Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN