fb fb fb fb fb

PM seru bermunajat, tingkat amal pada awal Ramadan

Anwar Ibrahim dan Olaf Scholz/FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menjadikan awal Ramadan sebagai kesempatan untuk bermunajat dan meningkatkan amal ibadat.

Anwar menyambut awal Ramadan di Berlin, Jerman susulan lawatan rasmi beliau selama lima hari ke negara itu bermula semalam.

"Di Berlin, umat Islam mula menjalankan ibadah puasa Ramadan dan kepada perwakilan yang bersahur pukul 4.00 pagi dan solat Fajr pukul 4.35 pagi, dianjurkan memenuhi waktu dengan membuka Al-Quran berserta tafsirnya sekali

"Jadikan awal Ramadan kesempatan kita bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai derajat taqwa serta berusaha sesungguhnya menggapai nikmat madrasah Ramadan," ujarnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain di laman sosial sama, Anwar berkongsi beliau berbuka puasa bersama rakan sejawat, Canselor Jerman, Olaf Scholz.

"Alhamdulillah, hari pertama Ramadan di Berlin saya berbuka puasa dengan buah kurma bersama Canselor Olaf Scholz sebelum kembali menyambung perbincangan terkait kedua-dua negara," ujarnya lagi.

 

ARTIKEL BERKAITAN
PM Anwar tiba di Berlin untuk lawatan rasmi lima hari
Anwar lawat Siemens Energy di Berlin
Anwar alu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman melabur di Malaysia
PM adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman
PM akan sertai acara berkaitan Ramadan di Jerman

SITI AISHAH MD ISA