fb fb fb fb fb

PM selamat tiba di Qatar, lawatan rasmi tiga hari

DOHA, 27 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Qatar untuk lawatan rasminya selama tiga hari.

Beliau tiba di Terminal Di Raja, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan atau 8 malam waktu Malaysia.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Perbandaran Qatar, Dr. Abdullah Abdulaziz Turki Al-Subaie.


(FOTO PMO)

Turut menyambut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Esok, Perdana Menteri akan menghadiri beberapa program antaranya melawat ladang tenusu terbesar Qatar iaitu Baladna; menyaksikan majlis pertukaran Surat Niat - LOI antara PR1MA dan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar serta pertemuan bersama pemain industri Qatar.

Pada sebelah malamnya pula, Ismail Sabri dijadual menghadiri majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia.

Untuk hari terakhir, beliau akan menghadap Amir Qatar, Sheikh Tamin Hamad al-Thani dalam satu majlis sambutan rasmi.

Media Baharu