fb fb fb fb fb

PM sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus

Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi menyerangkan sumbangan kepada Ebby Yus semalam/ Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.

Sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus mengehadkan penglibatannya dalam dunia seni.

"Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah," kata Anwar menerusi Facebooknya hari ini.

Disember lepas, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung.

SITI AISHAH MD ISA