PUTRAJAYA, 23 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42.
Ketibaan beliau diiringi Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bertemakan "Kastam Menggandingi Rakan Kongsi Tradisi dan Baharu dengan Satu Tekad" sambutan itu diadakan bagi meraikan kecemerlangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang penubuhannya.
Sebanyak 30 reruai JKDM termasuk pelbagai agensi kerajaan lain dipamer.
Turut diadakan, 'klinik' Cukai Jualan dan Perkhidmatan.