fb fb fb fb fb

PM raikan pengamal media dan penggiat industri kreatif

(Perdana Menteri ketika tiba di WTCKL)

KUALA LUMPUR, 11 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lebih seribu pengamal media dan penggiat industri kreatif pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Terdahulu beliau hadir ke majlis itu kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Majlis disajikan dengan pengisian tazkirah sebelum waktu berbuka.

Buat kali pertama beliau meraikan pengamal media dan penggiat industri kreatif sejak memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyantuni 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang.

Turut hadir, Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil, dan Timbalannya Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman.

Pengurusan tertinggi dan kakitangan RTM juga menghadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri.


(Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan aktor Hans

Isaac turut hadir padaMajlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri)

Media Baharu