fb fb fb fb fb

PM rai PM Singapura dalam majlis makan malam

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong dalam satu majlis makan malam di Rumah Tangsi.

Ketibaan Perdana Menteri Singapura itu disambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada pukul 8.10 malam.

Lawrence Wong tiba di Malaysia petang tadi bagi lawatan rasmi selama dua hari bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang dijadualkan esok.

Ini merupakan lawatan kali kedua beliau selepas lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lalu Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada 15 Mei 2024.

Kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Singapura serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Esok, Perdana Menteri Singapura itu akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawrence Wong diiringi oleh isterinya Loo Tze Lui, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong serta beberapa menteri lain.

ROSLINA BINTI DIN