fb fb fb fb fb

PM prihatin, utamakan kebajikan penduduk terjejas banjir

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 November- Kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana banjir menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mendoakan agar penduduk terjejas banjir di semua negeri terlibat terus tabah dalam menghadapi musibah itu.

Justeru, Datuk Seri Anwar menangguhkan program di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen setelah selesai menghadiri sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Setakat pukul 4.00 petang, seramai 14,111 penduduk terjejas banjir daripada 4,113 keluarga direkodkan di Terengganu melibatkan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Nerus.

 

ROSLINA BINTI DIN