fb fb fb fb fb

PM & PM Lawrence makan malam, bincang hubungan Malaysia-Singapura

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Januari-  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong makan malam bersama sambil mengadakan perbincangan empat mata berkaitan hubungan Malaysia dan Singapura, selain menyentuh beberapa isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata semua isu itu akan dibincang dan dirungkai secara terperinci dengan semangat persahabatan dalam Sesi Pemukiman antara pimpinan Malaysia-Singapura.

Beliau menyifatkan pertemuan dengan tetamu negara pada malam ini sedikit istimewa kerana diadakan di sebuah rumah agam bersejarah berusia 120 tahun, sekali gus mengangkat warisan di Kuala Lumpur.

"Malam ini ke Rumah Tangsi, Kuala Lumpur bagi meraikan sahabat yang juga rakan sejawat dari Singapura, PM Lawrence Wong yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bersempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin kedua-dua negara Ke-11", katanya.

Sebelum makan malam, Datuk Seri Anwar dan PM Lawrence juga sempat meninjau pameran galeri seni di dalam Rumah Tangsi.

ROSLINA BINTI DIN