fb fb fb fb fb

PM pertahan harga barang keperluan lebih rendah berbanding pentadbiran terdahulu

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 1 April- Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Namun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terdapat pihak yang menafikan usaha yang dilakukan kerajaan MADANI dalam menangani soal kos sara hidup rakyat.

"Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam sebelum pertukaran kerajaan mencecah sampai RM13 satu kilogram sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9, RM10 , RM9.50. Minyak masak 5kg ketika itu mencecah RM45.

"Kawan-kawan pembangkang bising, dia lupa dia ingat kita lupa, masa dia jaga harga minyak masak 5kg RM45 ke RM50, sekarang sekitar RM27, telur ayam, sekarang Alhamdulillah stabil,"katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE