fb fb fb fb fb

PM NIKKEI KESTABILAN

PM NIKKEI KESTABILAN

TOKYO, 23 Mei - Peluang menyampaikan ucaptama pada Forum Nikkei ke-29 dimanfaatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosi Malaysia sebagai desitnasi pelaburan utama, selain mempromosi kepengerusian ASEAN tahun depan.

Anwar berkata, Malaysia mempunyai kelebihan strategik untuk menarik kehadiran pelabur atas faktor kestabilan politik selain tenaga kerja berkemahiran.

Beliau mengambil contoh kejayaan Pulau Pinang menjadi hab semikonduktor negara dengan nilai pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak AS$13 billion dicatat tahun lalu.

"Malaysia sememangnya destinasi ideal, mengambil kira faktor tenaga kerja berkemahiran, pendirian berkecuali dalam geopolitk dan ekonimi. Ini terbukti dengan angka pada 2023 apabila Pulau Pinang yang juga hab semikonduktor negara berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sejumlah AS$13 bilion tahun lalu, yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun," katanya.

Malaysia komited memperkasa kerjasama serantau
dengan negara anggota ASEAN seterusnya dengan rakan kongsi peringkat global terutama dalam bidang teknologi dan amalan perdagangan mampan.

aidan