fb fb fb fb fb

PM New Zealand adakan lawatan ke Malaysia pada Ahad

Majlis raptai bagi sambutan rasmi beliau telah diadakan hari ini di Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 30 Ogos- Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, Ahad ini.

Lawatan rasmi tiga hari itu merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Semasa lawatannya, Luxon dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneroka peluang baharu khususnya untuk mengembangkan kerjasama perdagangan, pelaburan, dan pertahanan.

Luxon akan disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri serta menteri kabinet pada 2 September di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Majlis raptai bagi sambutan rasmi beliau telah diadakan hari ini di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Luxon mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand pada November 2023.

Dalam lawatannya ke Malaysia, beliau akan diiringi delegasi perniagaan kanan serta ditemani Menteri Negara Perdagangan Nicola Grigg dan Menteri Pembangunan Ekonomi, Melissa Lee.

Malaysia dan New Zealand menjalinkan hubungan diplomatik pada 25 September 1957.

Di rantau pasifik, Malaysia ialah rakan dagangan kedua terbesar New Zealand, dengan jumlah dagangan kedua-dua negara mencecah RM6.32 bilion bersamaan AS$1.46 bilion setakat Jun 2023.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI