
KUALA LUMPUR, 13 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
- Perbincangan fokus pada perancangan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah.
- Tekad bersama memastikan kesejahteraan sosial serta kebajikan rakyat Sabah terjamin.
- Usaha memastikan akses infrastruktur asas seperti air dan elektrik untuk semua rakyat Sabah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata mereka bertukar pandangan berhubung perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri, kesejahteraan sosial serta kebajikan rakyat Sabah.
“Bicara kami turut tertumpu pada usaha memastikan rakyat Sabah tidak lagi dinafikan hak untuk menikmati infrastruktur asas seperti air dan elektrik.
“Pertemuan ini mengukuhkan tekad bersama untuk membangunkan Sabah secara adil dan menyeluruh berpaksikan keperluan sebenar rakyat, agar kemajuan yang dikecapi benar-benar dirasai oleh seluruh warga Sabah,” katanya.